Jun 3, 2014

Hargai

Assalamualaikum

         Its been a while since the last time i update my blog. Sekarang, asasi dah habis. Lama dah pun. In the mean time sampai masuk degree bulan 9, saya bekerja di Shell. Allah sahaja yang tahu betapa penatnya kerja kat stesen minyak. Berdiri 8 jam tak duduk langsung. Itu kalau jadi cashier lah. Kalau Jumaat, Sabtu, Ahad, lagi lah jangan cakap sesaknya macam mana.

          But, reason saya kerja kat stesyen tu walaupun penat ya rabbi, ialah, saya pernah kerja kat situ time lepas SPM dulu. Around 3 months ? So, memang dah kenal dah supervisor and pekerja kat situ. They were so kind. Although Im the youngest, they treat me just like the others. Part yang itu best.

       Part kerja sampai terputus urat tu memang buat aku nak nangis. Kadang kadang kena over time. Sehari kerja 12 jam. Kadang kadang, tak jumpa family langsung. bila bangun, tak jumpa diorang sebab semua dah pergi skolah. Bila balik, semua dah tidur.

         So, ayah suruh berhenti.

          And , I did. 31st May was my last. Managed to work for only a month. Its really tiring. Bila customer macam harom, mood spoil. Tambah tambah lagi kalau awal pagi.

       Selalunya, kalau Melayu semua muka rupa nak mati je bila datang isi minyak. Monyok. Bila kita senyum, buat tak endah. EH HELLO. LIKE AKU HADAP LAH ? Zzzzz. Bukan nak kata semua Melayu macam tu. Tapi, memang kebanyakan. Takbur. Allah bagi rezeki pada engkau lebih, kau pandang rendah pada orang lain . Macam lah orang yang kerja kat stesyen minyak tu bodoh and bebal ? Wadehel


      Ada jugak kes orang melayu datang beli air 100 plus. Sebotol, shell jual RM2.30 . Dah siap label harga dah kat chiller tu. Bila datang bayar, dia bagi RM10. So, aku pulangkan lah baki dia. Baki yang tepat, RM7.70. Pastu, teriba dia marah. 'eh berapa harga 100 plus ni?' 'RM2.30 encik' pastu, boleh dia tinggikan suara 'MAHALNYA! MELAMPAU. SAYA SELALU BELI RM1.70 JE ?? NI KOMISEN SAMPAI LIMA PULUH SEN??? MELAMPAU MELAMPAU. BAGITAHU BOSS BLA BLA BLA BLA'

WADEHEL??? Barang kedai 24 jam memang mahal lah ! Nak murah, pergi beli 100 plus kat Mydin. Waktu tu baru pukul 8 pagi, dah spoil mood aku sampai tengah hari. Dah beruban pun pakcik tu. Bawak Mercedes. Adab ? HAROM.


            Memang bermacam macam orang aku jumpa time kerja tu. Dari Cina, India, Melayu, semua ada buat perangai. Main campak je duit tu. Expect aku nak kutip kan ? KAU INGAT KAU KAYA SANGAT LAH ? Noksrom.

Bukan nak racist. Nak bandingkan or apa. Tapi, memang terdetik rasa sedih. Belajar adab dalam subjek Pendidikan Islam dari sekolah. Tapi, kenapa tak boleh nak buat? susah sangat ke nak senyum ? Dan hargai pekerja yang memang tak ada cuti, authorize kan minyak korang?

Jangan nak double standard sangat lah bang. Kau ingat duit banyak boleh bawak kau ke mana ? Bila kau buat perangai, kau ingat pekerja tu tak curse kau ke ? Sendiri nak ingat lah abang. Kalau kau dah boleh datang isi minyak, maksudnya, umur kau tu dah cukup untuk menilai dan berfikir. Please. Appreciate. Tak susah pun.


No comments:

Post a Comment