Feb 13, 2014

Serabut.

Assalamualaikum.

Its 2.30 in the morning . Baru selesai siapkan kerja maths, outline essay English. Tajuknya 'To what extent is the use of animals in scientific research is acceptable'. Its an opinion essay . Agak retak lah jugak tengkorak kepala ni fikir . Nasib lah ada internet. So, tak adalah serabut sangat nak fikir . At least ada google yang dapat tolong . So, to those yang post essay for this topic, a BIG FAT THANK YOU FOR YOU. You ease my work . And akhirnya , dapat siapkan Evaluative Commentary Essay. Alhamdulilah.

 Im not so sleepy actually. Cuma sekarang tengah serabut sikit.

Entah kenapa lah rasa serabut. Bukan ada masalah pun . Tapi , biasalah . Kalau malam malam ni , tak ada aktiviti and benda lain yang nak difikirkan kan . So, mesti aku akan FIKIR SEMUA BENDA . Fikir tentang masa lalu, pasal masa hadapan , pasal apa aku  nak buat esok , pasal berapa jam aku bakal tidur. Pukul berapa aku nak bangun pergi kelas esok , baju apa aku nak pakai.

Banyak sebenarnya yang ada dalam kepala aku ni . Tapi, kalau aku fikir bab bab remeh, tak ada lah serabut pun. Cuma, kalau fikirkan benda benda yang berat. Macam , pasal masa depan . Uuu.

Sekarang , budak budak universiti in Foundation and Matriks, tengah sibuk nak isi UPU. Aku , masih lagi tak tahu nak ambil course apa . Seolah olah masih berbolak balik dalam membuat keputusan. Bagai terumabang ambing di dalam bot atas lautan *excuse my sastera ehm ehm . Ahahaha.

Tapi, base on minat, nampak lah subject apa yang aku strong . Dari sem 1. Dan kekal sampai Test 1 semester 2. Alhamdulilah. Oh . Bio tak tersenarai dalam subjek yang digemari . Memang aku tak fail bio. Bio ni bukan apa . Just the ability for you to memories. And to understand . Tapi, part understand tu tak banyak pun . You just have to understand the mechanism . The scientific name , kena hafal jugak.

So, bio ni , pusing macam mana pun, banyak kena hafal. So far, for this Semester 2, aku tak suka chapter 4. Ahahaha. Chapter immune system. Infact, memang betul pun. Kalau kita nak suka Bio ni , kita tak boleh pandang bio ni as something yang kita belajar untuk exam. Kita kena belajar atas niat, nak ambil tahu uniknya ciptaan Allah itu. Macam mana macrophage dalam badan kita bertindak . Dalam badan kita ada memory cells, Helper T-cell, cytotoxic T cells, antigen, histamine. What causes inflammation? sebab ada release of histamine. What do histamine do ? Histamine dilate blood vessel so that more antibodies can move to the infected area. So, area tu akan swollen. See ? Menarik kan ? (Okay. Nak acah acah teror bio sikit. Sebab aku baru baca. Hahahaha. Bio ni, kalau lama tinggal and tak revise, alamat memang fakta fakta dalam kepala ni dah bersawang gamaknya zzz)

Tapi, bab nak hafal dia paling perit. Yang disebut kat atas tu, baru atas permukaan . Serious tak tipu. Ini baru satu chapter. Baru satu. Dah acano tu ?

Tapi, suka tak suka , kena belajar jugak. If you fail one subject in Asasi, you cannot apply for UPU. Seram kan ? Hahaha. Tahu pun.

Tak ada apa yang senang kat dunia ni.

Well. Bila cakap macam ni, lagi bertambah serabut aku . Hahaha.

Okay lah . Sampai sini sahaja . Dah 2.45 pagi. 15 minit aku compose post ni . Hahaha.

Aku nak pergi iron baju.

Esok kelas direct 8.30pg sampai 6.30 petang. Tak ada rehat langsung . Cuma ada gap 1jam untuk solat zohor. Aduh . Pedih.

Aite. Baibai.
Feb 11, 2014

Hormati Masa Orang Lain.

Assalamualaikum.

Aku dok lah hairan . Kenapa lah ada wujud lagi manusia yang suka memotong barisan. Terutamanya sekali waktu beli makanan. Well. Ni, specifically, aku lah yang alami. Ada ke patut, orang dah lama beratur, kau main sedap sedap join kawan kau kat depan dengan muka seposen dua tiga dan empat . Kalau sorang je, boleh lah jugak aku terima.

Ini, segerombolan rombongan cik kiah kau bawak pergi potong barisan . Mungkin kau nak cepat *cuba berfikiran positif* tapi , kau kena tahu, yang orang lain pun ada hal juga . Jangan lah jadi penjual ikan borong kat pasar (maksudya, jadi selfish. Maaf bagi yang tak faham bahasa sastera aku. Choii)

Hormati lah masa orang lain . Bukan waktu beratur beli makanan je. Waktu beratur nak masuk tandas pun. Mana lah tahu ada je orang kat belakang tu, pundi kencing dia dah nak termeletup . Bila bila masa je dia boleh terbabas . Kau tahu apa hati dan perasaan orang ?

Sekali, orang yang nak termeletup pundi kencing dia tu curse kau dalam hati . Kan ke naya. Memang lah tambah dosa dia. Tapi, kau ? Dah buat orang benci dan meluat . Well. Benda common lah ni . Boleh fikir sendiri .

Ha . Lagi satu. Yang paling aku pantang tang taaaang sekali. Waktu tengah on road. Kalau orang tengah beratur kat traffic light nak masuk simpang *okay. sila bayangkan situasi*

Kereta punya lah banyak beratur. Barisan panjang . Belum sempat semua kereta nak lalu masuk simpang , traffic light dah bertukar warna merah.

Contoh situasinya macam aku. Ada satu simpang kat Ipoh ni . Kat kawasan Gunung Rapat if you all tahu. Barisan kat traffic light simpang tu memang selalu panjang . Sebabnya, itu lah simpang nak ke stesen minyak , nak masuk kawasan perumahan , nak masuk kfc, nak masuk pizza hut.

And aku selalu lah tersangkut kat traffic light simpang tu. Tapi, of course lah . Aku beratur dari belakang. Dah lama jugak lah aku tunggu. Akhirnya, aku dapatlah bergerak ke hadapan. Sekali, sedap sedap je satu kereta ni menyelit masuk dari tepi . Bayangkan ! orang punya lah dah beratur lama dari belakang , mendaki sampai nak masuk simpang, dia senang senang je masuk.

Amboi . Sesedap mung je nak cilok masuk . Aku gurghfhakfk. Geram betul ! Kalau kok ya pun nak cepat, orang lain tak nak cepat ke ? HORMATI MASA ORANG LAIN. Please. Pakcik sedara aku pernah duduk kat UK dulu . Dia kata, cuma Malaysians je yang ada habit macam ni . Hmm.

Sama lah jugak kalau kat highway. Kalau tengah sesak or jam sebab ada accident or pembaikan jalan dan sebagainya, ada je makhluk makhluk yang masuk ke emergency lane dekat sebelah kiri tu. Orang lain punya lah bersiput siput . Kau nak bajet ferrari pulak masuk emergency lane . Payah sungguh.

Okay . Itu je yang nak aku sampaikan . Ambil lah pengajaran semua. Kalau sesiapa yang baca ni tak ada lesen lagi , waktu dah ada lesen, jangan lah buat benda benda macam ni . Ataupun, tegur lah sesiapa yang korang nampak buat benda ni . Sebab, confirm akan ada orang yang curse kau banyak banyak dalam hati . Hahahaha. Ni cakap, berdasarkan pengalaman okay ? HHAHA. Sebab aku pun curse jugak lah sikit sikit. Tapi tak ada lah mencarut .

Kata kata masih boleh dikawal lagi . Hhahaaha. Cuma emosi terganggu okay.

Alright. Nak turun makan.

Wallahualam.

Assalamualaikum wbt.

Feb 10, 2014

Zaman Nak Up.

Assalamualaikum wbt.

So, memang as expected. Dah lama tak update blog. Bukan tak suka update, cuma masa mencemburui ku setiap detik dan ketika . Hahaha. Kalau korang perasan , semua post kat dalam blog ni dah tak ada. Jeng jeng jeeeng . wkwkwkwk k

Sebabnya, semua post, aku dah revertkan kepada draft . So you guys can't read the old post. Tak yah pun baca. Aku sendiri pun malu nak baca post aku balik . Merah muka bak hang (k acah acah muka putih nak blushing blushing. puih)

Blog ni dah ada since daripada form 1. So, approximately, sudah berusia 7 tahun . Bak hang . Lama tuuu. Ada 147 post aku privatekan. hahaha. Kalau baca balik first first post dulu, pehh . Boleh terkeluar anak tekak gelak . hahaha. Short form semuanya rempit tak nak kalah.

Je jadi jew. Haha jadi hahaxx. the jadi de . Ok. Nampak tak tahap kerempitan yang agak melampau  kat situ hmm. Haha boleh jadi hahaxx ??? Ok. Dua xx okay aku ada. Kau ada ke ? Takde kan. Ok aku tahu aku hebat kbai.

Zaman zaman baru nak up kannn waktu form 1 dulu . Ambil gambar dari atas. Ambil gambar kat cermin. Gambar gambar tersebut masih lagi boleh didapati di myspace ya kawan kawan. Well. I lagi advance lah dari korang lol. Aku dah privatekan semua. Nak delete, rasa macam , choii. Harta berharga tu. Maybe boleh tunjuk kat anak anak aku nanti. So, tak ada lah mereka mengalami zaman gelap sebagaimana yang aku lalui. bhahahaha . Mesti dia malu dengan mak dia . Ceh. Kahwin pun belum tentu lagi . Gedik sangat dah fikir jauh sangat. Korang mesti rasa nak tenyeh muka aku guna selipar korang . Hmm.. takpe . Nanti aku tenyeh sendiri *kenyit mata

Kalau lah kawan kawan aku jumpa gambar kat myspace tu, boleh mati kena bahan sampai hari graduation Phd aku kut . Choii. Phd. Ehh jangan choi. Haip haip. Doakan okay semua . Amin amin amin.

Banyak sangat gambar gambar yang boleh buat aku jerit 'OMG KENAPA AKU MACAM TU??'

Itu adalah satu reaksi yang sangat biasa dan normal. Tudung aku waktu darjah 6 dulu, mengalahkan ustazah bulat dia . Lipat gilaaa dalam kat side tepi. HAHAHA. Aduh . sakit perut aku tengok . Tak tambah lagi dengan mulut itik gua, HAHAHA. Alahai . Bila fikir balik, rasa macam rindu sangat . Mana nak dapat dah experience macam tu . Sekarang, semua dah grown up. Dah matang . Semua tengah struggle nak study .

Seram jugak bila fikir ' your whole life is depending on how good you're doing during your teenage age'

Well.  To think about it , memang betul pun. Sebagus mana SPM, STPM, Asasi, Diploma, Degree and so on , akan menentukan seluruh kehidupan korang. Okay . Sekarang ni seram kan cerita aku ? Hahaha

Tapi, Allah tidak akan mensia- siakan usaha hambanya. Sekiranya kita betul betul berusaha, dengan niat yang betul dan di landasan yang Allah redhai, In shaa Allah. Akan dibantu oleh-Nya. Tapi , ingat juga. Tak semua yang kita nak itu, adalah yang terbaik untuk kita. Sekiranya kita dah berusaha sehabis mungkin, tetapi, kita tak dapat apa yang kita nak , Allah sebenarnya dah ada plan yang jauh lebih bagus untuk kita. Tiada manusia yang dapat menjangkakan apa yang Allah hendak berikan kepada kita.

Okay . Memang selalu pun tersasar topik . Apa yang aku tulis ni dah tak ada kaitan dengan tajuk pun.

Setakat ini dulu lah kut. Dah 6.50petang . Penat habis kuliah tak hilang lagi . Hahaha.

Wallahualam.
Assalamualaikum wbt.