Sep 16, 2014

Asasi To Degree :)


                Assalamualaikum . Dah lama rasanya tak update blog. Dulu dok sibuk cerita pasal kehidupan asasi. Kehidupan asasi di UiTM Puncak Alam. Sedar tak sedar, sekarang, dah jadi pelajar Degree. Or Ijazah Sarjana Muda.

               Disebabkan time asasi dulu memang aku ambik kat UiTM, so, for degree, memang first choice sampai choice yang kelapan aku mintak UiTM. UiTM is a very good university. Facility or kemudahan memang nombor satu. Percayalah. Mungkin orang sanjung UM, UKM and other RU(Research Uni) Universitys, but, UiTM dihatiku J hahaha

                First choice for UPU is Acturial Science di Uitm. Berdasarkan research, kampus untuk actuarial science adalah di UiTM Shah Alam , Selangor. Jadi aku memang berharap jugak lah untuk ambil course ni. Tapi tak dapat.

                 Bila check UPU haritu, aku dapat course under Computer and Mathematical Sciences. Bc. (Hons) of Mathematical Sciences (CS249). Bila check upu, aku dapat UiTM. So, bersyukur sangat. Bila dapat course ni, aku macam agak sedih jugak sebab tak dapat course no 1 yang aku minta. Tapi, bila aku buat research, subject for this course memang based on Maths sahaja. Aku memang suka Maths. So isu course , dah settle.

                 Next problem yang memang menggangu aku is, kat mana campus for this course? Time gigih gigih search, aku tengok fakulti ni based di UiTM Shah Alam. Jadi aku sangatlah girang gembiranya. Sebab aku memang target nak study Selangor je sebenarnya.

                  Pukul 5 tu, dah keluar result penempatan kampus. Jadi aku lek lek je lah check. SEKALI, HAA AMBIK. Aku dapat kat KELANTAN!! (Aku duduk Perak)

                 Bila dikorek korek, baru aku tahu. Course ni baru berpindah kampus. Sebelum ni memang ni Shah Alam. Tapi course ni baru di buka Kampus Cawangan Kelantan, Machang. Sekarang ni aku di Sem 1 (2014) Paling senior dalam course ni pun baru Sem 3. Tak ada lagi student yang grad under  this course lagi.

                 Menangis jugak lah bila tahu dapat Kelantan. Tapi aku tetap bersyukur. Sebab ramai lagi yang tak dapat peluang untuk sambung degree sebab terlampau ramai pelajar yang memohon dan tempat sangat lah terhad. Mula mula, ada juga terlintas nak tolak tawaran ni. Tapi, peluang yang baik tak selalu datang untuk kali kedua kan. Apa yang penting is both my parents. Kalau diorang berlapang dada untuk hantar aku ke sana , aku terima juga dengan hati yang terbuka J
Jun 3, 2014

Hargai

Assalamualaikum

         Its been a while since the last time i update my blog. Sekarang, asasi dah habis. Lama dah pun. In the mean time sampai masuk degree bulan 9, saya bekerja di Shell. Allah sahaja yang tahu betapa penatnya kerja kat stesen minyak. Berdiri 8 jam tak duduk langsung. Itu kalau jadi cashier lah. Kalau Jumaat, Sabtu, Ahad, lagi lah jangan cakap sesaknya macam mana.

          But, reason saya kerja kat stesyen tu walaupun penat ya rabbi, ialah, saya pernah kerja kat situ time lepas SPM dulu. Around 3 months ? So, memang dah kenal dah supervisor and pekerja kat situ. They were so kind. Although Im the youngest, they treat me just like the others. Part yang itu best.

       Part kerja sampai terputus urat tu memang buat aku nak nangis. Kadang kadang kena over time. Sehari kerja 12 jam. Kadang kadang, tak jumpa family langsung. bila bangun, tak jumpa diorang sebab semua dah pergi skolah. Bila balik, semua dah tidur.

         So, ayah suruh berhenti.

          And , I did. 31st May was my last. Managed to work for only a month. Its really tiring. Bila customer macam harom, mood spoil. Tambah tambah lagi kalau awal pagi.

       Selalunya, kalau Melayu semua muka rupa nak mati je bila datang isi minyak. Monyok. Bila kita senyum, buat tak endah. EH HELLO. LIKE AKU HADAP LAH ? Zzzzz. Bukan nak kata semua Melayu macam tu. Tapi, memang kebanyakan. Takbur. Allah bagi rezeki pada engkau lebih, kau pandang rendah pada orang lain . Macam lah orang yang kerja kat stesyen minyak tu bodoh and bebal ? Wadehel


      Ada jugak kes orang melayu datang beli air 100 plus. Sebotol, shell jual RM2.30 . Dah siap label harga dah kat chiller tu. Bila datang bayar, dia bagi RM10. So, aku pulangkan lah baki dia. Baki yang tepat, RM7.70. Pastu, teriba dia marah. 'eh berapa harga 100 plus ni?' 'RM2.30 encik' pastu, boleh dia tinggikan suara 'MAHALNYA! MELAMPAU. SAYA SELALU BELI RM1.70 JE ?? NI KOMISEN SAMPAI LIMA PULUH SEN??? MELAMPAU MELAMPAU. BAGITAHU BOSS BLA BLA BLA BLA'

WADEHEL??? Barang kedai 24 jam memang mahal lah ! Nak murah, pergi beli 100 plus kat Mydin. Waktu tu baru pukul 8 pagi, dah spoil mood aku sampai tengah hari. Dah beruban pun pakcik tu. Bawak Mercedes. Adab ? HAROM.


            Memang bermacam macam orang aku jumpa time kerja tu. Dari Cina, India, Melayu, semua ada buat perangai. Main campak je duit tu. Expect aku nak kutip kan ? KAU INGAT KAU KAYA SANGAT LAH ? Noksrom.

Bukan nak racist. Nak bandingkan or apa. Tapi, memang terdetik rasa sedih. Belajar adab dalam subjek Pendidikan Islam dari sekolah. Tapi, kenapa tak boleh nak buat? susah sangat ke nak senyum ? Dan hargai pekerja yang memang tak ada cuti, authorize kan minyak korang?

Jangan nak double standard sangat lah bang. Kau ingat duit banyak boleh bawak kau ke mana ? Bila kau buat perangai, kau ingat pekerja tu tak curse kau ke ? Sendiri nak ingat lah abang. Kalau kau dah boleh datang isi minyak, maksudnya, umur kau tu dah cukup untuk menilai dan berfikir. Please. Appreciate. Tak susah pun.


Apr 10, 2014

E4 :)

Assalamualaikum.

           Dah rindu E4 :( Each and everyone. My E4 babies. Muahahaha. My brothers and sisters. Sejujurnya, aku ingatkan asasi ni cuma perhentian sementara je. Tak sangka pulak akan serapat ni . Memang, beyond my imagination and expectation. Korang baik sangaaat. Banyak jaga aku. sobs. Lepak sekali. For girls, memang macam ada gang gang. Tapi, semua boleh je lepak sekali. Tak kekok pun. No boundary. Ni memang satu benda yang memang aku suka sangat pasal E4. Tk de assabiah. Hahaha.

Actually aku ada tulis surat untuk korang. Each and everyone of you. But, aku start lambat. And, aku tak dapat habiskan untuk semua orang . Aku manage buat separuh je. Maybe sebab aku tulis panjang sangat untuk one person kut. So, I couldnt finish them on time. So, sini, aku nak buat cam wani gok . Wiwiwi. Nak tulis pasal each of you. Ni dapat bantu aku untuk tak lupa korang lepas ni . Sebab aku punya ingatan ni mcm ting tong sikit. Hahaha . Surat tu, aku terpaksa buang je lah. Haih.

So, the first one ,







The first one up ! Ayu :) Dia lah perempuan pertama yang aku usha waktu first first masuk kelas dulu. First benda yang terlintas dalam kepala aku 'Bapak comel dia ni' hahahaha. Memang waktu awal awal dulu, aku selalu usha dia. Hiks. Selalu gak kantoi waktu try try usha dia. Nasib dia tak fikir aku ni gay ke apa . Hahaha *kut kut sebenarnya ada dia ingatkan aku ni gay* HAHAAHA. Secantik namyanya. Ayu ni, cantik, baik , pandai, lemah lembut. Rasa nak cubit jee gahhh ! Rasa insekiyo, dulu je lah ada. Sekarang dah member baik. Nak tepuk telepek pung boleh . Nak tepuk dengan baldi pun boleh . muahaha. dop dop . Gurau. hehe.


NEXT,

              Yang awek baju pink tu. Namanya Mahsuri. Ni pun ada kisahnya. Waktu tengok list name kelas E4 for the first time, nama dia yang aku macam curiousnyaa orang nama Mahsuri ni macam mana. Aku bayangkan dia ni seorang yang lembut, sopan. Hah. Betul lah tu. Memang lembut. Manja. Tapi, garang sebenarnya. Garang yang korang tak nak tgk sebab confirm takut. Hahaha. And, waktu sem 2 ni, aku pernah buat dia menangis. Huwaaa. Sumpah aku cuak nak mampus. Aku gurau. Tetiba berair mata dia. Tapi. yang aku pelik. Mata berair. Tapi gelak . hahaha. Tapi tu first and the last ah aku buat. Aku mana suka buat orang nangis ni! Kang, kau nangis, aku yang teriak over. Hati tisu k aku ni. Hahaha. Sorry tau Suri. Sob sob

Then,
         Yang tudung biru tu :) hampa tolak tepi yang pakai tudung hitam tu . Hahaha. Yang tudung biru tu , namanya, Nurzariyatul Syahirah. Panggil Syira. Waktu first kelas ELC sem 1, ada ice breaking . Kena pair up. Well . Time tu, mana kenal sesapa lagi. Aku dah la awkward kalau time baru nak kenal orang ni. Tup tup, waktu ice breaking tu , aku kena pair up dengan Syira. Kena list 5 similarities and differences antara kitorng dua. 3 similarities yang kitorng senaraikan yang aku ingat. 1. Suka tgk running man . 2. Cadar kat asrama warna pink. 3. Pakai jam sebelah tangan kanan instead of kiri. Yang first tk tahan tu. Baru kenal, dah kecoh pasal korea korea ni. Hahaha.


Seterusnya,
Yang pakai tudung pink ! Mimi :3 Cantikkan diaa. seorang yang sangat manis bagi aku . And , aku rasa , dia ni macam rajin . Macam je lah . tak tahu lah rajin betul betul ke tak . Hahahaha. Jahat gila aku :p Rajin je mimi ni *muka yakin* Tapi, ni pun garang jugak. Tapi garang bertempat lah . Selalu marah Wani dengan Intan . Tapi, budak 2 orang tu memang patut kena marah selalu pun . Muahaha. And, waktu nak exchange gifts, aku dapat nama mimi. Aku belikan Mimi wide shawl. Lega sampai tak da tahap bila dia kata dia suka tudung tu. Mestilah aku suka kalau orang suka hadiah yang aku bagi kan :)



Up next,


         Shuhada Johari ! *drumrolls* Ini, aku nak describe apa ya. Haa. Aku baru dengar time makan abc dengan budak kelas tadi. Yang shu ni, suka cakap pasal masa depan. Dan suka bercakap tentang kahwin juga. *angkat kening* Ini membuktikan, shu ini berpandangan jauh. Bervisi dan bermisi. Hahahaha. Takde tkde. Gurau. Hhehe. Shu ni, senang nak cooperate. Sebab aku satu lab biologi dengan dia. Dulu shu sekolah SBP. SELANDAR. Shu ni awek Melaka . Haa. Nanti aku datang Melaka, bawak aku pergi Muzium tau. Ihiks.


Then,



HAA ! Hat yang ni. Punyalah payah nak cari gambar izzah. Sungguh. Payah nak cari . Sebab Izzah jarang nak tangkap gambar. Tapi, aku ada satu gambar selfie dengan Izzah . Mana tah . Dah membumbung gambar E4. Pening aku nak scroll pepagi ni. Hahaha. Pasal Izzah, bnyak boleh cerita ni. Izzah seorang yang sangaat pemalu. Tapi, bila dengan geng, tak lah. Tapi, kalau izzah malu, merah satu muka. Pastu, Izzah  nak kahwin dengan pilot. Ni satu kelas tahu. hihi. *muka Izzah confirm merah en en en sekarang ?* wkwkwk. Seorang yang sangat sangat sangaat rajin . Sebab, Izzah mesti one step ahead dari kitorang kalau bab lab report ni. Tabik lah Izzah. Saya minta maaf sebab selalu tak tolong . Saya ni pemalas yang macam agak tegar jugak . emm em


Further,

         Ainul ! Seorang yang sangat bright. Rajin juga. Ainul orang yang cepat marah . Tapi sangat sangat cepat cool . Seorang yang pemaaf. Cuma kena bagi dia ruang. Aku pernah gak buat salah. Takut duh. Sampai nangis aku . Hehehe. Suara Ainul sangat lah kuat . Kalau waktu presentation, tak yah bagi microphone . Boleh punya dengar satu lecture hall tu . Kalau present dalam bilik tutorial, boleh dengar suara Ainul sampai koridor ! (aku mmg suka over nak letak tanda seru sikit) Jadi, di kesempatan ini , aku ingin memohon maaf atas segala kekhilafan . Aku kan cam budak budak sikit. Kena banyak sabar . Hahaha. Aku sedar itu (Mak aku yang cakap) hehehe. Tapi , aku rasa macam dah matang je time dah habis asasi ni . ehm ehm *tetiba*


Next one,

               Lidya. Im so so so sorry that I left out your name . Its not that i forget you. Tapi, actually, you're the forth person i wrote about in this post. Tapi, sakainya blogger ni dia tak save. Bila redo, i thought dah save your part. Tapi, tak save rupanya. Sumpah rasa serba salah sangat :( Tapi Lid baik . I tahu. Hahaha. Lid selalu marah marah manja dengan dibah. Sebab dibah macam budak budak. Lid macam mak dia, Suka tengok . Comel. Lid teror Physics. Eh. Actually Lid teror semua subjek pung. Ihiks. Lid ada ciri ciri kepimpinan (chehhh uuuu) lagi, lid boleh jadi mak yang baik pada masa hadapan. Wkwkwwkw :PP


Kemudian,







         Nur Asyikin Mohd Rosli. Orang Penang. Satu gang lah ni dengan aku . boleh cakap utagha. Hahaha. Ekin ni, jarang tidur kat dalam lecture (Tak macam wani yang selalu lena kat sebelah aku sampai aku boleh buat 1 album baru kalau kumpulkan gambar gambar wani tidur dalam lecture) Kahkahkah. Ekin baik. Suka tangkap gambar. And, aku geram betul kalau main game dengan ekin ni. Game take picture, game yang 1, 2 pastu teka no 3. Punya lah blur aku main game tu. Ish ekin ni. Geram ite tau. Huks.

Next,


                Sayangku Nadhirah. Asal dari Perak sama dengan aku . Yeay ! Waktu aku usha senarai nama E4 for the first time, nama dia lah yang paling buat aku rasa macam, uish. Dap ee nama dia ni. Hahaha. Actually, satu dari habit aku, aku tend to teka muka someone tu base on nama dia. Hahaha. Before masuk kelas E4, aku dah usha senarai nama awal awal. And, aku macam teka teka muka diorang. Hehe. Handsome ke , cantik ke, lawa ke? Haahah. And, aku terbayang orang nama sayang ni, seorang yang macam manja, comel. Haa. Tepat pulak tu aku teka . Terbukti sayang ni memang orang yang sangat comel. Macam kucing . Miau. Tapi, terror nak mapuih Physics. Dari sem 1. Tabik ah

Lagi,

Nurain Syahirah. Kitorang panggil Yaya. Seorang yang sangat penyabar. And, cool ! Ni awek ssp. Kalau korang nak yang ni, tak boleh. Hhaahah. Sebab dah ada yang punyaaaa ~~ hihihi. Yaya ni terror main chess. And , aku lopek je. Haha. Tapi boleh tahan jugak lah. 45 minit satu round kalau lawan dengan yaya. Hihi. Yaya! Nak cakap ni. Thanks sebab teman aku pergi perjumpaan chess. And , sudi ikut aku balik awal dari perjumpaan . And , naik bas dengan aku . Bila fikir fikir balik, macam rindu pulak . Haha. Nanti kau dah nak kahwin dengan ehm ehm, ajaklah semua E4. Kitorang konvoi ramai ramai. And aku tgk kat twitter, dah galak budak budak ni berebut nak nama kan anak anak hang yaya. Wuwwuwu.




                Rabiatul Adawiyah.(pakai tudung pink) Orang pertama yang tegur aku waktu first first masuk kelas ELC. Seorang yang peramah, baik, lembut. Ada rupa mix chinese sikit. Cantik :) Cantik kannnn. Aku suka sangat tengok rabi senyum . Rasa sejuk jee hati. Hehehe. Aku rasa Rabi tak pernah tidur time lecture, time tutorial. Bagus kan ? A good student I should say :) 


Seterusnya,
Nur Amira Bt Razilam. A very quiet girl. Tak banyak sangat cakap time kat dalam kelas. Tapi, aku ingat lagi Amira Razilam volunteer jadi Penolong ketua kelas masa sem 1. Time tu kan semua orang baru lagi. Mana nak galas tanggungjawab semua ni. But then, you volunteered. Itu, I kasi tabik spring sekali. Lol. Orang Kelantan rasanya ? Eh ? Yeke ? Aaaa. Confuse dah. Sorry. Lupa :(



Nurul Afiqah binti Zainal. A very active yet entertaining lady I should say. Kalau time presentation, boleh dengar budak budak perempuan cakap ‘Comelnyaa fikaa’ hahaha. Sebab memang comel sangat suaranya. Hahaha. Very good in presentation . Especially biology. People will concentrate whenever she is presenting in front. And, seorang yang sangat rajin. Kerja pun siap awal. Especially lab report. Hahaha. Bertanggungjawab juga :)



Nurazizah Bt Othman. Seorang yang sangat pendiam. Dapat award ‘Paling pendiam’ untuk ketegori perempuan dalam kelas E4. Zizah. Kter nak ucapkan terima kasih untuk surat yang awak bagi tu. It took you a great time and effort to write them all. I really appreciate them. And I believe, others pun sama jugak. Ohh. Ini ada cerita. Haritu mak aku datang. Datang nak ambil barang dari palam bawak balik ke rumah. Aku bawak keluar surat Zizah bagi dari dalam laci. Sekali mak aku cakap ‘Surat dari siapa? Pakwe ke ? Jambu betul tulis surat atas kertas warna pink?’ Lol mama. Mana ada pakwe main surat sekarang. Kita main whatsapp je . Wkwkwk. (Padahal tak ada pun pakwe) LOL



Nursyerie Atia. Cheri means love in French. Moi Cheri means my love. Pronounced mua sheri. E tu bunyi e for ekor. Mua sheghi. Coi. Nasib ada sisa sisa belajar French dulu. Hahaha. Menyesal pulak berhenti. Okay. Sambung. Shery ni terror physics. Aku amazed gila masa time tutorial sem 1 dulu. Punya lah cekap dia explain kat aku. Aku yang terpinga serta blur blur tak paham apa yang dia ajar. Kan waktu sem 1, tutor dengan Madam AIsyah, selalu kena form group, bincang soalan tutorial, then bentang kat depan. Selalunya, sherry lah yang dengan gigihnya explain kat aku. Wiwiwi. Aku kan memang tak suka Physics dari Form 4. Ate, nak wat lagu mano ? hahaha. And, haritu memang eksited cam apa ja bila cerita pasal Chinese New Year dengan Shery . Sebab dia pun ada side family yang chinese. Sama lah dengan aku. Meriah bak hang cerita tu cerita ni. hahaha


Adibah binti Abdul Aziz. (tudung merah yang belakang tu) Student TGB dulu . Adibah ni, paling kelakar waktu dia tengah blur. Dan, sangat lah keanak anakan. Suka sangat main . To meet someone like Adibah at the age of nineteen is totally unexpected. She is so childish, and to play with her is so fun . Rindu nak dengar adibah cakap ‘hikhoks’ . *E4 girls know what I mean. Hahhaa. The way she pronounced it is sooo funny. Hihihi. Cepat matang Dibob. I’ll miss you. And, she’s from Johor :)  (korang mesti terkejut aku ada selfie dengan dibah. Hahaha. Aku sendiri pun terkejut. Bahahah)


Nur Afiqah Baidzowi(tudung biru)  Pemenang anugerah class clown waktu BBQ haritu. Aku pernah dengar orang cakap yang orang ramai undi kau as class clown sebab kalau ku nyanyi, mesti kelakar, and tak sah kalau tak gelak . Well. Aku tak berkesempatan pulak nak dengar kau gelak. Haish. Macam a waste pulak. Kau record lah suara kau nyanyi kat dalam whtsapp kelas . Boleh lah aku tahu kenapa budak budak ni cam gila gelak kalau dengar hang nyanyi. Hahaha. Hang duduk perak kan pika ? Jemput lah dating rumah aku kat Ipoh ni. Wiwiwi



Khadijah Abdul Hamid(tudung purple buat peace tu). Orang panggil DJ. Aku pun tak tahu mana asalnya nama DJ tu. Sebab DJ sendiri suruh panggil DJ. Jadi, semua orang panggil lah DJ. DJ ni, bagi aku. Seorang yang sangat laaaaa garang. Dan tegas.Particular juga. Aku pernah ternampak DJ ni marah orang. Aku yang terbeliak biji mata terkejut. HAHAHA. Aku tak sangka dia boleh marah sampai macam tu sekali . Oh. DJ menang award ‘Paling serious’ untuk ketegori perempuan kelas E4. Award tu berdasarkan undian budak kelas. Jadi, terbuktilah yang DJ ni memang serious orangnya. Hahaha. P/s: Wani. Aku pinjam gambar dari blog hang. hahah


OKAY. This time, baru start part lelaki. hahaha.







FIRST ONEEE.

Muhammad Imran Firdaus. Ni, memang orang yang sangat sangat lah pemalu. Susahnyaaa nak dengar suara Imran kat dalam kelas. Hahaha. Tapi, macam yang Wani cakap. Pendiam pendiam pung, ada juga orang yang berkenan. Hehehe. Oh ya Imran. Di kesempatan ini, aku nak mintak maaf kat kau sebab selalu tangkap gambar kau kat raff dengan Y**A. Pastu aku send kat group whatsapp kelas. Hahah. Buat bahan gurau jee Imran. Sorry tau. Tapi, kalau kau nak gambar gambar yang aku tangkap kau tgh dating tu, boleh mintok ke aku. Okay ? Hehehhe






Amin Adli. Adley James. Gila game dia ni. hahaha. Thanks min settlekan laptop aku hari tu. And, fix kan bug game Battlefield4 aku . And, thanks juga sebab jadi supplier movie aku all time dari semester 1 sampai lah semester 2. Penuh external aku tu, sebab kau lah . Hahaha. Member yang sangat sporting. Best ajak lepak. Kalau lepak, selalunya, mesti ada Amin. Hahaha. Dengar Amin gelak pun boleh buat aku gelak sekali. And, yang paling penting! Ini satu gang Chelsea dengan aku . Muahaha








Mohammad Amirul Aiman. Ni pun saing Ganu gok . Sama dengan Hafizan. Ni, aku tak tahu lah nak kategorikan pendiam ke tak. Hahaha. Pendiam lah dalam kelas. Tak banyak cakap. Macam serious jugak Mang ni. *btw, aku undi kau untuk kategori paling serious waktu BBQ haritu* hahaha. Tapi, kalau dah kenal betul betul mang ni, boleh tahan bising jugak.Sekarang dah jadi gang gigi besi macam aku. (semoga tabah menghadapi segala kesakitan) LOL. Siapa yang nok ke dia, boleh kut. Abam hot ni. Hahaha. And , he’s a very good listener. And , Mang suka biologi, suka Joong Ki(Mang suruh tulis) dan suka heliza juga. Aku pun tak faham kenapa Mang suka Joongki . Mang tak gay.. (?) kut ? Bhahaha. Joking. Pious one. Suka Menyu. Musuh aku. haha





            Hafizan Mohamad. Orang Terengganu. Single gak ni kalau tak silap aku. (kalau tak silap lah) Tak ingat. Hahah. Kalau Jan dah ada awek , aku minta maaf lah atas informasi yang salah. Yang nak tu, boleh tinggalkan komen kat post ni. (Tapi, kalau Jan dah ada awek pun tak apa. Kuota 4 kata. Boleh praktis dari sekarang. Lol) Ni, selalunya, ada lah sekali kalau lepak. Suka merayap budak ni . Hahah. Lol. Gurau. Eh Jan. Kau hutang coolblog dengan aku dari haritu. Aku tk dapat dapat lagi coolblog aku. Meh ah datang pos ke Ipoh eh. Rasanya tak cair coolblog tu pos dari Ganu pung. Wahahah






Muhammad Akram Rosli. E4’s super dad. Ni nak emosi sekejap. Ehm ehmm ehm. Thanks for everything Akram . I know it was never easy for you to handle everything. Huge responsibilities were put on your shoulder throughout the semester. All the lecturers and our classmates  were depending so much on you. Only you could understand how it feels to stand there. For being our class rep, we thank you :) and, aku nak ucapkan terima kasih untuk hadiah birthday yang kau bagi last year. Kisses yang kau bagi tu, still tak habis lagi sampai sekarang. Dari August 2013. Hahaha. Sebab aku sayang sangat nak habiskan. Bear yang kau bagi tu, aku akan basuh bila balik Ipoh nanti. Kasi dia wangi :) hhehe




 
Muhammad Naqib. Ni, aku tak tahulah ada jampi apa. Since dari sem 1 sampai lah ke sem 2. Kitorang banyak terlibat in a group. ELC, Maths, Bio. Hahaha. Padahal group tu, random je. Tapi, maybe sebab banyak buat kerja dengan kau, aku pun dah selesa. Kau pun tahu aku jenis orang yang macam mana. Thanks atas segala nasihat yang kau bagi since daripada first sem. Kalau dah sampai masa kau nak bernasi minyak nanti, jemput jemput lah please. Aku betul betul dah mengidam nak rasa nasi minyak E4 ni. Hahaha





Nik Muhammad Aizat. Kitorang semua panggil dia shok. First benda yang aku sembang dengan dia is waktu kat dalam lecture hall rasanya. Sembang pasal SBP. Hahaha. Sebab shok dari SBPI Gombak (InterGomb) Banyak jugak lah yang aku tanya pasal sekolah Integrasi ni. Shok ni pun cam layan je cerita semua benda pasal sekolah dia. Actually, em. Aku nak mengaku ni. Aku memang takut dengan shok since daripada sem 1. AKu pun tak tahu kenapa. Aku rasa macam shok ni grang gila. Aku takut kalau sekali dia marah aku, seminggu aku tak datang kelas sebab demam. Hahaha. Tapi actually, shok ni baik ja. Aku je yang paranoid lebih. Maaf ya Abang Long. OK DAH TUTUP TOPIK NI. Malu pulak aku. Hahahah







Syakir Asyraf. Banyak jugak satu group dengan aku since dari sem 1 sampai sem 2. Dari pemerhatian , he’s very particular in time. Menepati masa. And, tak suka orang datang lambat. (kalau dia datang awal lah) hahaha. Kalau bagi kerja, dia akan siapkan . Ke ? Lol. Ohh. Jangan salah faham . Syakir ni tak lembut (berdasarkan gambar yang atas ni ) eh ? Yeke tak lembut ? HAHAHA. LOL. Tak. Gurau gurau. And, he’s a very funny guy though. Witty.



                 Alright. The last 3 I saved for the last! The three I missed most right now. Semua aku anggap macam kakak aku. Korang selalu ada time aku tengah sedih. Korang yang ada untuk peluk aku time aku nangis. Time aku susah. And, aku tahu korang akan sentiasa ada untuk aku :( Aku tak sangka langsung akan jumpa orang serapat ini dengan aku bila masuk palam. You guys are the best people I knew in Palam. Through my every worst , my happiest, and my saddest. You guys witnessed it all. Bila ingat balik semua, aku rasa macam nak menangis. Hahaha.


                 Every side of me korang pernah tengok. Time aku tengah sedih tak ingat dunia bila aku hilang kawan yang aku rapat. Itu memang masa yang sangat susah untuk aku :( Time aku tiba tiba tak ada mood. Mesti antara korang tiga yang dapat detect paling awal. Gila sweeeeet doh post aku ni. Hahahaha. Tolong jangan nangis. Please. Hahaha










         First one, Nurul Amira. Aku panggil dia miishine. Actually, satu kelas panggil miishine. Aku panggil shine. Asalnya nama tu, sebab nama facebook dia time awal awal kenal dulu. Lol. Hari hari jalan dengan aku pergi kelas. Balik kelas. Jalan sana sini. Keluar sana sini. Datang bilik aku. Duduk bersila atas katil aku. Pastu bebel bebel cerita itu ini. Hahaha. Kalau tak jumpa sehari, the next day time jumpa tu, mesti ada je ceritanya. Maklum lah. Topup balik cerita cerita yang tak sempat nak kongsi time tidak bersua itu. Lol. Mek Kelantan. Sangat cantik :) Tapi, dah ada yang punya :)







       Intan Shaidatul Natasha. Segang CHELSEA dengan aku. Yeayy. Ni, memang aku anggap macam kakak aku. Aku suka sangat peluk dia. Aku pun tak tahu kenapa. Hahaha. Moment yang paling aku tak boleh lupa. Intan kesat air mata aku time aku nangis kat koridor FF4 tu. Hahaha. Selebet betul aku ni. Rasa macam nak sekeh aku eh? Tapi, perempuan kan . Mana boleh tahan kalau dah sedih ni. Tambah tambah lagi kalau aku. Hati tisu. Senang betul nak menitik air mata. hahha. Thanks intannn :) Nanti kalau ada rezeki, aku turun Kedah. Jumpa hang dengan wani 












          Nur Syazwani Sahazami. Selalu bagi aku bawak motor dia walaupun aku tak dak lesen. Hahaha. Tapi, aku dah terror bawak motor since Form 2 okay. Hahaha. Thanks sebab ikut sekali time overnight tu. Seronok sangat. Hahaha. Main kat depan SCM subuh subuh tu. LOL. Banyak sangat benda doh. Tak tahu nak cakap pasal yang mana. Oh ni. Time kau menggelupur bila ternampak kerush hang tu lalu. HAHAHA. And, hang punya dilek kedah tu pun aku takkan lupa. Hang lah sebab macam mana aku boleh cakap utagha balik. Hahaha. Sebab campur dengan hang  la. LOL.


More pictures of four of us





















More pictures ,







Lagi,

































 Ini adalah post yang paling panjang pernah aku tulis. Hahaha. Ambil masa seminggu jugak nak siapkan . Sebab haritu, sampai 7 jam aku compose post ni. Pastu, hilang. Haih lah dugaan. Akhirnya, dapat siapkan juga :) Gonna miss you guys badly :( em. Actually I am right now. Thanks for everything guys. Halalkan semuanya. And , maaf kalau ada khilaf. Semoga berjaya dunia akhirat :) *hugs

Ada button for reactions kat bawah ni. Kalau suka, tick untuk thumbs up. Tak payah sign in or sign up pun . Thanks :)