Assalamualaikum wbt.
So, memang as expected. Dah lama tak update blog. Bukan tak suka update, cuma masa mencemburui ku setiap detik dan ketika . Hahaha. Kalau korang perasan , semua post kat dalam blog ni dah tak ada. Jeng jeng jeeeng . wkwkwkwk k
Sebabnya, semua post, aku dah revertkan kepada draft . So you guys can't read the old post. Tak yah pun baca. Aku sendiri pun malu nak baca post aku balik . Merah muka bak hang (k acah acah muka putih nak blushing blushing. puih)
Blog ni dah ada since daripada form 1. So, approximately, sudah berusia 7 tahun . Bak hang . Lama tuuu. Ada 147 post aku privatekan. hahaha. Kalau baca balik first first post dulu, pehh . Boleh terkeluar anak tekak gelak . hahaha. Short form semuanya rempit tak nak kalah.
Je jadi jew. Haha jadi hahaxx. the jadi de . Ok. Nampak tak tahap kerempitan yang agak melampau kat situ hmm. Haha boleh jadi hahaxx ??? Ok. Dua xx okay aku ada. Kau ada ke ? Takde kan. Ok aku tahu aku hebat kbai.
Zaman zaman baru nak up kannn waktu form 1 dulu . Ambil gambar dari atas. Ambil gambar kat cermin. Gambar gambar tersebut masih lagi boleh didapati di myspace ya kawan kawan. Well. I lagi advance lah dari korang lol. Aku dah privatekan semua. Nak delete, rasa macam , choii. Harta berharga tu. Maybe boleh tunjuk kat anak anak aku nanti. So, tak ada lah mereka mengalami zaman gelap sebagaimana yang aku lalui. bhahahaha . Mesti dia malu dengan mak dia . Ceh. Kahwin pun belum tentu lagi . Gedik sangat dah fikir jauh sangat. Korang mesti rasa nak tenyeh muka aku guna selipar korang . Hmm.. takpe . Nanti aku tenyeh sendiri *kenyit mata
Kalau lah kawan kawan aku jumpa gambar kat myspace tu, boleh mati kena bahan sampai hari graduation Phd aku kut . Choii. Phd. Ehh jangan choi. Haip haip. Doakan okay semua . Amin amin amin.
Banyak sangat gambar gambar yang boleh buat aku jerit 'OMG KENAPA AKU MACAM TU??'
Itu adalah satu reaksi yang sangat biasa dan normal. Tudung aku waktu darjah 6 dulu, mengalahkan ustazah bulat dia . Lipat gilaaa dalam kat side tepi. HAHAHA. Aduh . sakit perut aku tengok . Tak tambah lagi dengan mulut itik gua, HAHAHA. Alahai . Bila fikir balik, rasa macam rindu sangat . Mana nak dapat dah experience macam tu . Sekarang, semua dah grown up. Dah matang . Semua tengah struggle nak study .
Seram jugak bila fikir ' your whole life is depending on how good you're doing during your teenage age'
Well. To think about it , memang betul pun. Sebagus mana SPM, STPM, Asasi, Diploma, Degree and so on , akan menentukan seluruh kehidupan korang. Okay . Sekarang ni seram kan cerita aku ? Hahaha
Tapi, Allah tidak akan mensia- siakan usaha hambanya. Sekiranya kita betul betul berusaha, dengan niat yang betul dan di landasan yang Allah redhai, In shaa Allah. Akan dibantu oleh-Nya. Tapi , ingat juga. Tak semua yang kita nak itu, adalah yang terbaik untuk kita. Sekiranya kita dah berusaha sehabis mungkin, tetapi, kita tak dapat apa yang kita nak , Allah sebenarnya dah ada plan yang jauh lebih bagus untuk kita. Tiada manusia yang dapat menjangkakan apa yang Allah hendak berikan kepada kita.
Okay . Memang selalu pun tersasar topik . Apa yang aku tulis ni dah tak ada kaitan dengan tajuk pun.
Setakat ini dulu lah kut. Dah 6.50petang . Penat habis kuliah tak hilang lagi . Hahaha.
Wallahualam.
Assalamualaikum wbt.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment