Feb 11, 2014

Hormati Masa Orang Lain.

Assalamualaikum.

Aku dok lah hairan . Kenapa lah ada wujud lagi manusia yang suka memotong barisan. Terutamanya sekali waktu beli makanan. Well. Ni, specifically, aku lah yang alami. Ada ke patut, orang dah lama beratur, kau main sedap sedap join kawan kau kat depan dengan muka seposen dua tiga dan empat . Kalau sorang je, boleh lah jugak aku terima.

Ini, segerombolan rombongan cik kiah kau bawak pergi potong barisan . Mungkin kau nak cepat *cuba berfikiran positif* tapi , kau kena tahu, yang orang lain pun ada hal juga . Jangan lah jadi penjual ikan borong kat pasar (maksudya, jadi selfish. Maaf bagi yang tak faham bahasa sastera aku. Choii)

Hormati lah masa orang lain . Bukan waktu beratur beli makanan je. Waktu beratur nak masuk tandas pun. Mana lah tahu ada je orang kat belakang tu, pundi kencing dia dah nak termeletup . Bila bila masa je dia boleh terbabas . Kau tahu apa hati dan perasaan orang ?

Sekali, orang yang nak termeletup pundi kencing dia tu curse kau dalam hati . Kan ke naya. Memang lah tambah dosa dia. Tapi, kau ? Dah buat orang benci dan meluat . Well. Benda common lah ni . Boleh fikir sendiri .

Ha . Lagi satu. Yang paling aku pantang tang taaaang sekali. Waktu tengah on road. Kalau orang tengah beratur kat traffic light nak masuk simpang *okay. sila bayangkan situasi*

Kereta punya lah banyak beratur. Barisan panjang . Belum sempat semua kereta nak lalu masuk simpang , traffic light dah bertukar warna merah.

Contoh situasinya macam aku. Ada satu simpang kat Ipoh ni . Kat kawasan Gunung Rapat if you all tahu. Barisan kat traffic light simpang tu memang selalu panjang . Sebabnya, itu lah simpang nak ke stesen minyak , nak masuk kawasan perumahan , nak masuk kfc, nak masuk pizza hut.

And aku selalu lah tersangkut kat traffic light simpang tu. Tapi, of course lah . Aku beratur dari belakang. Dah lama jugak lah aku tunggu. Akhirnya, aku dapatlah bergerak ke hadapan. Sekali, sedap sedap je satu kereta ni menyelit masuk dari tepi . Bayangkan ! orang punya lah dah beratur lama dari belakang , mendaki sampai nak masuk simpang, dia senang senang je masuk.

Amboi . Sesedap mung je nak cilok masuk . Aku gurghfhakfk. Geram betul ! Kalau kok ya pun nak cepat, orang lain tak nak cepat ke ? HORMATI MASA ORANG LAIN. Please. Pakcik sedara aku pernah duduk kat UK dulu . Dia kata, cuma Malaysians je yang ada habit macam ni . Hmm.

Sama lah jugak kalau kat highway. Kalau tengah sesak or jam sebab ada accident or pembaikan jalan dan sebagainya, ada je makhluk makhluk yang masuk ke emergency lane dekat sebelah kiri tu. Orang lain punya lah bersiput siput . Kau nak bajet ferrari pulak masuk emergency lane . Payah sungguh.

Okay . Itu je yang nak aku sampaikan . Ambil lah pengajaran semua. Kalau sesiapa yang baca ni tak ada lesen lagi , waktu dah ada lesen, jangan lah buat benda benda macam ni . Ataupun, tegur lah sesiapa yang korang nampak buat benda ni . Sebab, confirm akan ada orang yang curse kau banyak banyak dalam hati . Hahahaha. Ni cakap, berdasarkan pengalaman okay ? HHAHA. Sebab aku pun curse jugak lah sikit sikit. Tapi tak ada lah mencarut .

Kata kata masih boleh dikawal lagi . Hhahaaha. Cuma emosi terganggu okay.

Alright. Nak turun makan.

Wallahualam.

Assalamualaikum wbt.

No comments:

Post a Comment