Apr 5, 2014

End of Foundation

Assalamualaikum.

                 Harini hari Jumaat. Semalam baru habis last paper untuk Asasi. Perasaan dah habis paper tu, macam baru habis spm . Hahaha. Rasa lega dia, tak boleh nak describe. Hang rasa macam hang campok batu atau dumbbell yang berat tu pi jatuh gaung. hahaha. Rasa seronok tu memang lah. Sebab dah habis paper. 2 sem kelepuk keletang belajar. Sleeping pattern waktu final tu memang dah tunggang terbaling tertonggeng macam apa pun aku tak tahu . Satu malam tak tidur, lepas tu tidur lepas subuh . Bangun balik pukul 12 tengah hari. Paper pukul 2 petang. Haaa . Amik

                Waktu asasi ni ja buat gila aku tidur macam ni . Waktu sekolah dulu, pantang dengar siren lights off pukul 11 , aku terus pergi gosok gigi dengan bersungguh sungguh. Kemudian , terus lebuh tiduq. Takda aku nak stay up. Nanti tertidur dalam kelas (okay. Ni acah acah lah. sebab tidur awal pun, aku mengantuk jugak dalam kelas. Syaiton tu semua syaiton. haha)


                Tapi, alhamdulilah. Semua berjalan dengan lancar. Walaupun awal awal masuk palam dulu, homesick tak ingat dunia, akhirnya dapat jugak biasakan diri. Aku tak suka sangat pergi tempat baru . Sebab mindset aku, aku susah nak cari orang yang sekepala dengan aku . Kalau tak dapat orang yang sekepala dengan aku , macam mana aku nak survive ???? hahaha. Saja over letak banyak tanda soal

                 Tak sia sia mak aku pujuk selalu waktu awal awal dulu untuk stay Palam. And sabar menerima segala rungutan. Aku rasa mak aku pun geram je dengan anak dia sorang ni. Dah tua toben pun nak gok kena pujuk . Mujur tak kena sekeh sekali dua. Hahaha. Kasih ibu kan . Siapa boleh tanding ?

                 Waktu mds tu, aku okay lagi. Tapi, penat dia, memang tak tahu nak cakap. Memang tersengguk sengguk aku waktu ceramah tu. Nasib lah duduk universiti tak macam kat sekolah . Boleh bawak phone . Phone lah penyelamat . Memang online je lah kerja. Kang kalau tidur, kena tangkap, sedih gak aku. Malu tu lah satu hal. Kalau tak , dah lama dah aku terbongkang okay. Tapi, kalau dah terbongkang tu , banyak lah tangan tangan yang mengeluarkan handphone, main snap snap gambar. Hah. *kepal penumbuk

                 Tapi, itu lah yang menjadi kenangan manis pun. Bila asasi dah habis, tiba tiba rasa sebak tu datang. Hm. Lain macam pulak sebak dia. Maybe sebab waktu kat sekolah dulu, semua dekat dekat. Majoritinya, dari Perak and Selangor. Tapi , kat palam, especially classmate, semua berterabur. Hat kedoh, ganu, Perok, Selangor, Seremban, Johor, Pahang. Haa. amik. Mana nak kumpul balik ? Entah entah , waktu reunion , ada yang dah kahwin pun... sobs.

Okay. Nak update pasal classmate actually. Terbabas. Hahaha. Next post. Papai :)

No comments:

Post a Comment