Assalamualaikum . Dah lama rasanya tak update blog. Dulu dok
sibuk cerita pasal kehidupan asasi. Kehidupan asasi di UiTM Puncak Alam. Sedar
tak sedar, sekarang, dah jadi pelajar Degree. Or Ijazah Sarjana Muda.
Disebabkan time asasi dulu memang aku ambik kat UiTM, so,
for degree, memang first choice sampai choice yang kelapan aku mintak UiTM.
UiTM is a very good university. Facility or kemudahan memang nombor satu.
Percayalah. Mungkin orang sanjung UM, UKM and other RU(Research Uni)
Universitys, but, UiTM dihatiku J
hahaha
First choice for UPU is Acturial Science di Uitm.
Berdasarkan research, kampus untuk actuarial science adalah di UiTM Shah Alam ,
Selangor. Jadi aku memang berharap jugak lah untuk ambil course ni. Tapi tak
dapat.
Bila check UPU haritu, aku dapat course under Computer and
Mathematical Sciences. Bc. (Hons) of Mathematical Sciences (CS249). Bila check
upu, aku dapat UiTM. So, bersyukur sangat. Bila dapat course ni, aku macam agak
sedih jugak sebab tak dapat course no 1 yang aku minta. Tapi, bila aku buat
research, subject for this course memang based on Maths sahaja. Aku memang suka
Maths. So isu course , dah settle.
Next problem yang memang menggangu aku is, kat mana campus
for this course? Time gigih gigih search, aku tengok fakulti ni based di UiTM
Shah Alam. Jadi aku sangatlah girang gembiranya. Sebab aku memang target nak
study Selangor je sebenarnya.
Pukul 5 tu, dah keluar result penempatan kampus. Jadi aku
lek lek je lah check. SEKALI, HAA AMBIK. Aku dapat kat KELANTAN!! (Aku duduk
Perak)
Bila dikorek korek, baru aku tahu. Course ni baru berpindah
kampus. Sebelum ni memang ni Shah Alam. Tapi course ni baru di buka Kampus
Cawangan Kelantan, Machang. Sekarang ni aku di Sem 1 (2014) Paling senior dalam
course ni pun baru Sem 3. Tak ada lagi student yang grad under this course lagi.
Menangis jugak lah bila tahu dapat Kelantan. Tapi aku tetap
bersyukur. Sebab ramai lagi yang tak dapat peluang untuk sambung degree sebab
terlampau ramai pelajar yang memohon dan tempat sangat lah terhad. Mula mula,
ada juga terlintas nak tolak tawaran ni. Tapi, peluang yang baik tak selalu
datang untuk kali kedua kan. Apa yang penting is both my parents. Kalau diorang
berlapang dada untuk hantar aku ke sana , aku terima juga dengan hati yang
terbuka J